“Niat Kami Hanya Ingin Membantu Ayah” – Individu Buat Permohonan Maaf Terhadap Farah Lee, Akui Kenyataan Berbaur Emosi

Kehidupan

“Niat Kami Hanya Ingin Membantu Ayah” – Individu Buat Permohonan Maaf Terhadap Farah Lee, Akui Kenyataan Berbaur Emosi

Susulan daripada kenyataan pensohor media sosial dan aktivis Farah Lee berkenaan isu hutang yang didakwa masih belum dilunaskan keluarganya bernilai RM130,000, individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf.

Farah sebelum ini memohon individu berkenaan untuk tampil memohon maaf kerana menabur fitnah terhadap keluarganya atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Advertisement

Individu itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di aplikasi X.

Ujar individu yang dikenali sebagai Izyan itu, dia mengaku kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini dipengaruhi emosi namun hanya berniat untuk membantu bapa menuntut hutang.

Kami berdua telah sedar bahawa ayat-ayat yang kami lontarkan agak kasar dan telah mengguris hati pelbagai pihak.

Selain itu, isu ini juga telah menjejaskan reputasi Farah Lee sebagai ‘influencer’ di pelbagai platform. Kami tidak seharusnya membuat posting tersebut dalam keadaan emosi. Niat kami baik, tidak lain dan tidak bukan hanya ingin membantu ayah.

Izyan juga memaklumkan telah meminta kerjasama dari pihak Farah untuk berjumpa dan berbincang mengenai isu ini secara peribadi.

Dengan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak Farah Lee untuk berjumpa dan berbincang perihal isu ini dengan ayah saya secara ‘private’. Saya telahpun DM Farah Lee nombor telefon ayah saya yang boleh dihubungi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farah Lee
4 months ago

"Kami Perlukan Bukti, Hanya Khabar Angin Semata-Mata" - Farah Lee Bersuara Isu Hutang, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...