“Kami Perlukan Bukti, Hanya Khabar Angin Semata-Mata” – Farah Lee Bersuara Isu Hutang, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Kehidupan

“Kami Perlukan Bukti, Hanya Khabar Angin Semata-Mata” – Farah Lee Bersuara Isu Hutang, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Sebelum ini, nama pensohor media sosial dan juga aktivis Farah Lee ada terpalit dengan isu hutang yang didakwa masih lagi belum terlunas sejak awal tahun 2000 lalu.

Maklum dengan dakwaan tersebut, Farah Lee akhirnya bersuara dan memberi respon mengenai isu tersebut di platform Facebook dan Instagram miliknya, semalam.

Advertisement

Mengaku ada terima tuntutan

Ujar Farah, dia mengakui ada mendapat tuntutan hutang daripada seorang individu yang mendakwa Allahyarham bapanya berhutang sebanyak RM130,000.

Namun, bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar ini memaklumkan bahawa tiada sebarang bukti bertulis telah dikemukan oleh pihak berkenaan.

Kami akui menerima tuntutan hutang daripada pihak berkait pada tahun 2017. Bagaimanapun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami mendapatkan bukti berkenaan tuntutan tersebut.

Namun, sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan bertulis ataupun bukti serta tiada saksi yang diwakilkan melainkan hanya khabar angin semata-mata.

Farah juga memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.

Mohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam

Dia juga menuntut semua pihak yang terlibat untuk memohon maaf kepada saya secara terus dan terbuka. Kegagalan berbuat demikian, peguamnya tidak teragak untuk memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah.

Terdahulu, seorang individu di platform X mendedahkan bahawa bapa kepada Farah Lee yang telah pun meninggal dunia masih belum melangsaikan hutang sebanyak RM130,000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita rudaini
4 months ago

"Nak Belajaq Susah P Hantar Rumah Kebajikan.." - Rita Rudaini Kecam Kenyataan 'Parents' T20 Hantar Anak Ke MRSM Untuk Belajar Erti Susah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...