“Nak Belajaq Susah P Hantar Rumah Kebajikan..” – Rita Rudaini Kecam Kenyataan ‘Parents’ T20 Hantar Anak Ke MRSM Untuk Belajar Erti Susah

Hiburan

“Nak Belajaq Susah P Hantar Rumah Kebajikan..” – Rita Rudaini Kecam Kenyataan ‘Parents’ T20 Hantar Anak Ke MRSM Untuk Belajar Erti Susah

Pelakon sensasi, Rita Rudaini hari ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan seorang kenamaan yang mengatakan bahawa golongan T20 negara ini menghantar anak mereka belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk belajar erti susah.

Rita menerusi satu hantaran di Instagram Story menyelar kenyataan tersebut sebagai merepek dan tidak bersetuju sama sekali dengan buah fikiran individu itu.

Advertisement

Katanya, sekolah berprestasi tinggi itu sepatutnya menjadi tempat pelajar yang telah bertungkus lumus dalam akademik dan bukannya boleh dimasuki sesiapa sahaja terutamanya yang berpendapatan tinggi.

Bahaya alasan macam ni, mengundang perbalahan masyarakat

Rita rudainiSumber : Instagram  

Dalam pada itu, Rita juga mempersoalkan tindakan pihak ‘tertentu’ yang meletakkan jurang dalam kalangan pelajar terutamanya dalam isu pendidikan.

Siapa yang rosakkan anak bangsa sendiri bila timbulkan dan tekankan isu kuota?

Terdahulu, Rita Rudaini pernah mengecam tindakan seorang guru yang melemparkan tuduhan fitnah terhadapnya gara-gara memasukkan anak lelakinya ke sekolah kerajaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alif Satar
4 months ago

"Kesian, Nak Sembah Tuhan Pun Perlukan Influencer" - Dakwah Alif Satar Solat Subuh Di Masjid Undang Pertikaian?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...