Nia Ramadhani Mohon Hukuman Diringankan, Fikir Anak-Anak Kecil Di Rumah

Hiburan

Nia Ramadhani Mohon Hukuman Diringankan, Fikir Anak-Anak Kecil Di Rumah

Selepas lima bulan menjalani rawatan pemulihan dadah, pelakon Indonesia sensasi iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie memohon agar pihak mahkamah meringankan hukuman.

Ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, Nia yang dikenali ramai dengan lakonannya dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu meminta tempoh pemulihan yang sepatutnya berlangsung selama 12 bulan dipendekkan.

Advertisement

Menurut Nia semasa sesi perbicaraan, dia sudah pun menyesal atas segala hal yang dilakukan olehnya dan kini banyak menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Nia Ramadhani dan keluargaSumber : Google 

Menurut Liputan 6, dengan mendekatkan diri kepada Allah membuatkan dirinya lebih berserah atas apa yang berlaku serta yakin segala yang terjadi dalam hidup beliau ada hikmah disebaliknya.

Dalam pada itu, sebab beliau memohon agar pihak mahkamah mengurangkan tempoh hukuman kerana memikirkan anak-anaknya yang memerlukan dia dan suami disisi mereka.

Terdahulu, pelakon jelita ni memberi alasan dirinya terlibat dalam penyalahgunaan dadah atas kerana masih berasa duka atas pemergian bapanya sejak tahun 2014.

Nia ramadhani
2 years ago

Nia Ramadhani Ambil Dadah Kerana Rindu Arwah Bapa, Hakim Persoal Sudah 7 Tahun Berlalu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Liputan 6

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...