Nia Ramadhani Ambil Dadah Kerana Rindu Arwah Bapa, Hakim Persoal Sudah 7 Tahun Berlalu

Hiburan

Nia Ramadhani Ambil Dadah Kerana Rindu Arwah Bapa, Hakim Persoal Sudah 7 Tahun Berlalu

Sedia maklum, pelakon Indonesia Nia Ramadhani ditahan akibat penyalahgunaan dadah beberapa bulan yang lalu memberi alasan dirinya mengambil ia kerana masih berasa sedih dengan ketiadaan bapanya sejak tahun 2014.

Kenyataan terbabit diberitahu sendiri oleh Nia di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat bersama dua tertuduh yang lain iaitu suaminya, Anindra Ardiansyah Bakrie dan pemandunya, Zen Vivanto pada hari Khamis.

Advertisement

Menurut beliau, dia tidak menceritakan tentang kesedihannya selepas kehilangan bapa tercinta.

Pelakon yang popular dengan drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu berkata, sebelum ini dia cuba bercerita tentang perasaannya kepada rakan-rakan tetapi mereka cuma menasihati agar dirinya tidak bersedih lagi dan turut berkata ramai yang mahu hidup mewah seperti dirinya.

Advertisement

Dalam pada itu, hakim turut menilai jarak waktu yang cukup jauh diantara tarikh bapanya meninggal dunia dan tarikh dia mengambil barang terlarang tersebut.

Tapi kenapa selepas tujuh tahun kemudian baru saudara mencari jalan keluar?

Nia ramadhani kes dadahSumber : Google 

Nia menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan perasaan sedih itu datang kembali pada bulan April lalu kerana tidak dapat ucap selamat ulang tahun pada arwah bapanya.

Terdahulu, pelakon jelita ini serta suaminya ditahan oleh pihak polis selepas terkait dengan kes penyalahgunaan dadah pada Julai lalu.

7 bulan lalu

Nia Ramadhani Menangis Mohon Maaf, Bakal Jalani Rawatan Pemulihan Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...