Pelakon dan model, Nia Atasha tampil menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya tinggal serumah dengan teman lelakinya, Sky Iskandar.
Dakwaan tersebut timbul selepas tular video mereka menghasilkan kandungan bersama di TikTok sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.
Bagaimanapun, Nia atau nama sebenarnya Nia Atasha Rosli menjelaskan bahawa video tersebut dirakam ketika Sky datang ke rumahnya, namun mereka tidak tinggal bersama.
“Oh, tak pun, kami tak serumah. Tapi dalam video tu memang dia dekat rumah saya, kita buat TikTok sama-sama, itu jelah.”
“Tapi just to clear the air, kita tak duduk sekali pun. Kalau apa-apa pun, kita setaman. Rumah dia dekat, itu jelah. Tak ada apa-apa pun,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai komen negatif yang diterima, Nia memilih untuk tidak terlalu melayan dakwaan tersebut kerana menganggap ia tidak berasas.
“Biasalah orang suka batu api kan? Tapi saya rasa saya dengan Sky jenis tak kisah sebab tak betul.”
“Jadi tak ada rasa nak buat pengumuman atau clarify sangat. Orang nak fikir apa, fikirlah sebab at the end of the day, kita tahu benda tu tak betul,” katanya lagi.
Tambahnya, dia juga tidak berasa tertekan dengan kecaman netizen kerana sudah terbiasa sejak awal pembabitannya dalam dunia peragaan.
“Saya tak rimas sebab dah biasa kot. Masa modeling dulu pun saya dah biasa dengan komen orang. Jadi bila ada komen-komen begitu, saya tak layan sangatlah.”
“Impak negatif tak lama, saya rasa dalam seminggu saja. Lepas tu okay. Saya masih bekerja seperti biasa,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
