“Ni Uji Baran Orang B*ngang!” – TikTokers Buat Konten ‘Prank’ Lumur Kek Pada Orang Awam Undang Makian

Kehidupan

“Ni Uji Baran Orang B*ngang!” – TikTokers Buat Konten ‘Prank’ Lumur Kek Pada Orang Awam Undang Makian

Konten prank boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan buat para influencer media sosial melakukannya sebagai hiburan dalam platform mereka, sama ada di YouTube atau TikTok hingga menjadi ikutan.

Akan tetapi, sering kali kita dapat lihat banyak konten prank kepada orang awam yang dilakukan berlebihan serta melampau hingga mengundang rasa marah ramai pihak.

Advertisement

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang TikTokers yang tidak dikenali menerima kecaman selepas memuat naik video melakukan prank terhadap orang awam.

Barangkali sedar diri menerima kritikan hebat daripada para netizen, tuan badan mengambil keputusan untuk memadam video berkenaan di platformnya, namun sempat di muat naik semula oleh seorang pengguna Facebook.

Dapat dilihat dalam video terbabit, TikTokers tersebut membawa sebiji kek ke sebuah taman, lalu melumurkannya ke muka seorang wanita yang sedang duduk berehat selepas menolak anak yang berada di atas kerusi roda.

komen netizen

Jelas sekali hal yang dilakukan itu mengundang kemarahan ramai, lagi-lagi apabila muka ‘kakak’ tersebut seperti tertanya-tanya apakah yang telah berlaku kepadanya ketika itu.

Malah, ada yang mengesa wanita tersebut untuk menyaman TikTokers terbabit kerana hal yang dilakukan itu sememangnya melampaui batas dan menganggu ketenteraman orang awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

suami 'prank' isteri kena kecam
3 years ago

“Ingat Lawak Ke?” - Suami Buat ‘Prank’ Curang Dengan Perempuan Lain Masa ‘Birthday’ Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...