Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang wanita merakam pekerja Starbucks yang didakwa menyimpan barangan terhad kumpulan Korea, BlackPink yang kini sedang popular.
Melalui video tersebut, wanita berkenaan seolah-olah berkata staf itu mengambil separuh daripada stok yang sepatutnya dikeluarkan.
Stock masuk 48 botol tapi jual 28 botol sahaja!
@beautifulnara Patutlah pergi haritu dah habis #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #starbucks #blackpink ? original sound – Beautifulnara.com
Bagaimanapun, staf berkenaan menafikan dakwaan wanita terbabit dan berkata dirinya membeli serta beratur untuk mendapatkan botol-botol edisi terhad berkenaan.
Bahkan sempat memberi amaran kepada wanita terbabit agar tidak merakamnya.
Namun begitu, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita terbabit merakam staf itu kerana staf juga mempunyai hak untuk membeli barangan BlackPink itu.