“Bingit, Kecoh Nak Mamp*s” – Mengadu Manik Tumbler Starbucks Blackpink Tercabut, Wanita Dikecam Warganet

Hiburan

“Bingit, Kecoh Nak Mamp*s” – Mengadu Manik Tumbler Starbucks Blackpink Tercabut, Wanita Dikecam Warganet

Video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok meraih perhatian selepas dia memberikan review tentang tumbler Starbucks keluaran khas kolaborasi bersama Blackpink yang dilancarkan baru-baru ini.

Difahamkan, sebelum ini dia tular gara-gara sanggup beratur 7 jaln dari jam 1.40 pagi di depan Starbucks untuk membeli tumbler Lisa Blackpink berharga RM478 itu.

Advertisement

Menerusi video tersebut, wanita itu meluahkan rasa kecewa kerana baru sahaja beli dengan harga yang mahal, namun ‘Rhinestones’ pada tumbler itu sudah tercabut.

Ini nak buat macam mana ni? Aku nak salahkan siapa ni?”

Katanya, botol air tersebut belum pernah diisi atau terkena air dan tidak pernah diletakkan di mana-mana kecuali keluar masuk kotak berkali-kali sahaja.

@maksu.__ @Starbucks Malaysia ? Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Ramai warganet di TikTok terkejut dengan kualiti botol air tersebut namun ramai pengguna di Twitter sebaliknya mengkritik wanita terbabit.

Ada yang menegur suaranya yang bingit dan segelintir memerlinya dan orang lain yang taksub dengan mengumpul botol air Starbucks.

Dalam pada itu, sesetengah individu menyalahkan wanita itu kerana pergerakannya membawa botol tersebut keluar dan masuk kotak berkali-kali pun boleh jadi punca ‘Rhinestones’ itu tercabut.

komen

Sementara itu, ramai individu yang berkata tumblr daripada Starbucks sememangnya tidak begitu berkualiti sebaliknya lebih kepada design sahaja.

menu viral starbucks
2 years ago

(VIDEO) “Sudahlah Perbodohkan Orang” -Barista Tampil Buat Penjelasan Menu ‘Viral’ Starbucks Yang Tak Wujud

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...