Baru-baru ini, penerbit yang dikenali ramai iaitu Datuk A. Aida ada mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya lebih memilih rupa dari bakat jika hendak mengambil pelakon membintangi dalam drama ataupun filemnya.
Kenyataan tersebut telah meraih perhatian daripada kalangan pelakon dan antaranya adalah Azhan Rani yang mempersoalkan mentaliti penerbit tersebut.
dah nak hujung 2022 , masih begini lagi mentaliti yang disokong finas? #roadtooscarkatanya pic.twitter.com/ST1NmlVBt3
— azhan abdul rani (@azhanrani) October 23, 2022
Dalam pada masa yang sama, pelakon lain iaitu Amerul Affendi turut tidak mendiamkan diri dan memberi cadangan agar pihak universiti menamatkan kursus lakonan memandangkan ahli lembaga pengarah FINAS berkata sedemikian.
Tak baik scam bakal bakal pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit cari ilmu.
Melalui temubual bersama pihak mStar, A. Aida berkata dia hanya mencari pelakon yang cantik serta kacak saja dan baginya, bakat boleh diasah kemudian hari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.