Baru-baru ini, menerusi perkongsian New York Times di Instagram tentang cara-cara untuk memasak Kari Ayam Singapura telah menimbulkan kemarahan orang ramai serta gagal untuk menarik perhatian netizen.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu memaparkan seorang wanita sedang memasak masakan terbabit tanpa menggunakan rempah kari dan daun kari.
Namun sebaliknya, beliau menggunakan perahan jus limau nipis untuk memerap ayam terbabit dan merenehkan ia secara perlahan-lahan dalam sos pedas, rempah-ratus serta santan.
View this post on Instagram
Difahamkan, wanita tersebut mendapat resepi tersebut atas ihsan Shila Das yang merupakan seorang rakyat Singapura generasi kedua berketurunan India dan Vietnam.
Meninjau di ruangan komen hantaran itu, didapati hampir kesemua meninggalkan komen negatif dan berunsur kecaman, malah ada yang samakan kuah masakan kari tersebut seolah-olah ‘air longkang’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.