Pelawak sensasi, Shuk Sahar memang cukup dikenali dengan kisah rumah tangganya yang ‘panas’ dan disebabkan itu, beliau sering dipandang serong oleh orang ramai.
Oleh kerana sudah penat ‘melayan’ drama curang Shuk, isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dikatakan sudah nekad ingin berpisah biarpun banyak kali dipujuk oleh pelawak tersebut.
Lama mendiamkan diri dari dunia media sosial sejak penghujung tahun lalu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang dirakam oleh seorang pemuda yang secara tidak sengaja ternampak Shuk disebuah restoran.
Kelihatan di dalam video terbabit, Shuk bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan wanita yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi curangnya yang lalu.
Cepat melakukan tindakan, netizen mulai menjengah di laman Instagram wanita terbabit dan mendapati tudung yang dipakai serta baju sama seperti gambar yang pernah di muat naik sebelum ini.
Susulan video yang telah tular itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran itu mempersoalkan tindakan Shuk yang tetap ingin berlaku curang biarpun ada ‘khabar angin’ yang mengatakan dirinya sudah berbaik dengan isteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
Anonymous
February 8, 2022 at 10:42 am
sera sera sera. no need lah tunggu lelaki macam ni. no need to prove you dah kurus bagai. shuk ni masih nak si fara tu so biarkan je lah dia kejar cinta mati dia. syuk tak cinta awak, kaau you nak bermadu sekalipun tak payah nak buka aib satu dunia tahu..fara tak payah main acah2 victims. dah terlanjur kan dengan laki org, go lah terus mintak pinang. atau nikah jer terus
lasermerah
February 7, 2022 at 10:47 am
Bukan nk ckp la. bini dia ni bodo kalau nk stay dgn jantan muka x siap tp x habis2 nk curang. si fara ni pn bodo. pompampompam kata dh usaha lari dr shuk tp elok le pulak klua mkn sesame. alahaiii.. elok la 3 idiots ni. sila meninggal segera
A
February 7, 2022 at 10:36 am
Muka mcm selipar pun ada orang nak