Sejak berjaya menurunkan berat badan 10 kilogram dan kini tampil lebih bergaya, isteri Shuk Sahar, Sera dilihat aktif di media sosial.
Bukan itu saja, sudah beberapa kali juga dia memberi kenyataan berkenaan status rumah tangga mereka selain turut mendedahkan mesej Shuk kepada umum.
Tindakannya itu sekaligus membuatkan ramai netizen semakin tertanya-tanya apatah lagi baru-baru ini Sera memuat naik kenyataan seolah-olah menyindir Shuk.
Menerusi Instagram story, Sera dilihat membuat throwback ketika dirinya ‘dibuang’ dan sering dicurangi gara-gara tidak menawan namun kembali dicari selepas mengubah penampilannya seperti sekarang.
Dibuang dan dihina di saat wajahku begini. Dipuij dan dikutip saat wajahku berubah begini.”
Tidak dinyatakan ianya ditujukan kepada siapa dan mungkin Sera sekadar mahu melepaskan perasaan sakit, kecewa dan sedih yang terbuku di hati.
Terdahulu, pada November lepas Sera mendedahkan kepada umum bahawa dia dan Shuk sudah tidak tinggal sebumbung sejak Oktober.
Katanya, dia sedang dalam proses memfailkan penceraian selepas lima tahun berdepan pelbagai konflik dalam rumah tangga.
Anonymous
January 28, 2022 at 9:55 am
haih korang ni…biar la dia…nak kutuk2 dia tu, korang cermin diri tak?
sebaik -baik jadian manusia, itulah yg Allah berikan…bersyukur lah.
biarlah dia nk kata kurus ke ape, janji tuan punya badan puas hati..
Anonymous
January 28, 2022 at 9:20 am
dia punya pong pang macam muka dah jadik macam aishwarya rai hahaha. padahal muka u tu lah jugak cuma tepek mekap MUA. sudahlah tu jangan try hard sangat. ke ko pun sama psiko macam pencaras ko tu. so memang syuk ni suka psikos ke? padanlah korang bertiga tu
Anonymous
January 27, 2022 at 4:37 pm
Setuju vassss. Yg lawak, yg buang dia tu pun bkn elok mana. Boroi dan x semenggah jgk. Hahaha
Vasssss!!
January 27, 2022 at 3:16 pm
Allahu.. bukan lah elok tara mana pun.. spesis2 Yb Rino je pun.. Dok buat mcm cantik..