“Maaf, Taknak Komen Banyak” – Muat Naik Gambar Shuk Dengan Emoji ‘Love’, Sera Tak Jadi Fail Cerai?

Hiburan

“Maaf, Taknak Komen Banyak” – Muat Naik Gambar Shuk Dengan Emoji ‘Love’, Sera Tak Jadi Fail Cerai?

Meskipun sudah hampir tiga bulan tida tinggal bersama, namun kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera yang dilanda pelbagai ujian masih belum temui jalan penyelesaiannya.

Menurut mStar, Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata Shuk kini masih berada di rumah keluarganya di Pulau Pinang.

Advertisement

Timbul tanda tanya mengenai perkembangan hubungan mereka selepas Sera memberi kenyataan November lalu berkenaan memfailkan penceraian terhadap Shuk.

Sera ketika dihubungi enggan memberi kenyataan lanjut tentang status rumah tangganya dan mengakui tiada apa yang berlaku setakat ini.

Bagaimanapun, Isnin lalu Sera telah menimbulkan tanda tanya sekali lagi selepas berkongsi paparan skrin menunjukkan Shuk sedang membuat panggilan video bersama anak mereka dengan emoji ‘love’.

Maaf rasanya taknak komen banyak, tiada apa pun yang berlaku.” 

Dia turut memuat naik beberapa mesej dipercayai daripada bekas penyampai radio itu yang memohon maaf dan cuba memujuknya untuk kembali bersama.

I minta maaf, masih ada peluang ke untuk kita bersatu balik? Dalam tempoh ini kalau boleh jangan buka hati you untuk orang lain ya.”

Untuk rekod, Sera memaklumkan dia sudah tidak sebumbung dengan Shuk sejak Oktober dan mendedahkan bakal memfailkan penceraian.

Sera yang mendapat perhatian ramai selepas menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram itu kini sedang aktif dengan perniagaan produk pelangsingan badan.

Shuk sahar rossa sera
2 years ago

"Jangan Makin Cantik Sangat.." - Shuk Sahar Risau Isteri Melawa, Buka Hati Untuk Orang Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...