Tidak dapat dinafikan, penjagaan bayi yang baru lahir sememangnya bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak hal yang perlu dititikberatkan.
Sama seperti apa yang telah berlaku dalam satu video memaparkan seorang bidan sedang mengurut bayi kecil, bagaimanapun reaksi bayi tersebut buatkan warganet tidak senang duduk.
Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok itu telah menarik perhatian ramai apabila bayi tersebut meraung seperti sedang menanggung kesakitan semasa diurut oleh bidan itu.
Netizen bukan hanya membimbangkan hal tersebut, malah bekas-bekas merah yang ada di seluruh badan berserta dengan lonjakan bayi tersebut setiap kali diurut juga dipersoalkan.
Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen meluahkan perasaan berang terhadap bidan itu kerana masih boleh tersenyum biarpun bayi tersebut sudah meraung.
Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan mungkin bidan itu masih belum mahir dalam bidang terbabit kerana lihat dari cara bayi itu menangis, sememangnya kelihatan seperti sedang dalam kesakitan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.