Kalau sebut namanya pasti banyak cerita viral dan kontroversi yang akan didengari namun usahawan ini bagaikan tidak serik untuk membuat ‘content’ yang menimbulkan kecaman.
Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik sebuah video untuk mempromosikan keluaran terbaru jenama tudung miliknya.
Menerusi rakaman itu, isterinya Datin Shahida juga turut menjadi ‘pelakon’ drama ‘iklan’ tersebut yang dirakamkan di atas katil.
Bagaimanapun, ianya nampak lucah dan seperti mempunyai ‘double meaning’ apabila Aliff Syukri dilihat seolah-olah sedang beronani di bawah selimut.
Iklan itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen di mana ada yang terhibur dengan iklan ‘double meaning’ dibuat Aliff dan isterinya itu.
Namun, ada juga netizen yang menegur dan berpendapat ia nampak tidak cerdik selain ada yang mahu melaporkan kepada SKMM.
Video yang dimuat naik di Instagram dan TikTok itu turut mendapat perhatian ibunya, Bonda Rozita yang sempat menegur anaknya membuat ‘content’ sebegitu.
Bongok sangat iklan ko – ?- apa lah ko ni kri oii.”