“Dalam Tak Semenggah..” – Menangis Di IG, Aliff Syukri Rupanya Pembayar Zakat Terbesar Di Selangor Hingga Cecah 1 Juta

Hiburan

“Dalam Tak Semenggah..” – Menangis Di IG, Aliff Syukri Rupanya Pembayar Zakat Terbesar Di Selangor Hingga Cecah 1 Juta

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menzahirkan rasa gembira di hati apabila dia dilihat menangis terharu di Instagram miliknya, semalam.

Ini berikutan Aliff telah dikurniakan penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021.

Advertisement

Dia turut berkongsi rasa gembiranya bersama peminat di media sosial.

Hari indah buat saya dan isteri. Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir 1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes.

Kongsi Aliff Syukri lagi, ketika di awal pembabitannya dalam dunia perniagaan, dia hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan namun menyimpan azam untuk membayar lebih jika sudah berjaya seperti hari ini.

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar terus berjaya dalam sebarang perniagaan yang diusahakannya agar dapat lebih banyak membantu mereka yang memerlukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan kagum dengan pencapaian anak kepada usahawan Rozita Ibrahim itu.

“Semoga Allah terus bantu Kri (nama panggilan Aliff) berjaya dan bagi lagi banyak zakat dan infak..Ya Allah senang hati mak Kri..” ucap bonda Aliff Syukri di bahagian komen.

aliff syukri nak buat lagu baru
4 bulan lalu

"Mai Dah 'Belang' Dia Balik" - 'Claim' Diri Penyanyi No.1 Malaysia, Netizen Kata Aliff Syukri Tak Serik Ke Kena Kecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...