“Ni Bukan Yang Aniaya Bini Tu Ke?” – Jenama Baju Melayu Terkenal Dikecam Hebat, Netizen Tak Kuasa Nak Beli Sebab Sejarah ‘Lama’

Hiburan

“Ni Bukan Yang Aniaya Bini Tu Ke?” – Jenama Baju Melayu Terkenal Dikecam Hebat, Netizen Tak Kuasa Nak Beli Sebab Sejarah ‘Lama’

Baru-baru ini, sebuah jenama pakaian baju melayu terkenal telah menjadi bualan ramai berikutan kejayaan syarikat itu menghiasi papan iklan elektronik gergasi di tengah ibu kota.

Ia menjadi tumpuan kerana papan iklan gergasi itu kebiasaannya dihiasi oleh jenama mewah antarabangsa dan turut menelan kos jutaan ringgit untuk disiarkan dari pukul 8 malam hinggalah 12 tengah malam.

Advertisement

Namun begitu, di sebalik kejayaan pemilik syarikat jenama pakaian itu, agak ramai netizen tampil untuk memboikot jualan pakaian mereka setelah beberapa insiden membabitkan bekas ‘founder’ dan suaminya yang juga pemilik syarikat jenama pakaian tersebut.

Instagram

Dia tak nak rebrand balik ke sebab ni bukan nama gabungan dengan ex wife. Takut kot nak tukar nama sebab orang kenal pun sebab bekas isteri.

Difahamkan, jenama pakaian itu sememangnya dikenali sejak dahulu lagi setelah seorang wanita bertungkus lumus bersama suaminya membangunkan syarikat itu sehinggalah dikenali ramai.

Namun, suaminya itu telah ‘membuang’ nama si isteri yang sebelum ini bergelar pengarah syarikat setelah kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai.

Si isteri mendakwa dirinya bersusah payah membangunkan syarikat tersebut ketika si suami (kini bekas suami) masih belum mempunyai apa-apa dan dikhianati sebelum dibuang dari bisnes empayar pakaian tersebut.

drama adaptasi novel
1 year ago

"Normalisasi Suami Belasah Isteri, Institusi Keluarga Rosak" - Karya Drama Terkenal Angkat Isu Trauma Rumah Tangga, Netizen Dah Bosan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...