“Normalisasi Suami Belasah Isteri, Institusi Keluarga Rosak” – Karya Drama Terkenal Angkat Isu Trauma Rumah Tangga, Netizen Dah Bosan

Hiburan

“Normalisasi Suami Belasah Isteri, Institusi Keluarga Rosak” – Karya Drama Terkenal Angkat Isu Trauma Rumah Tangga, Netizen Dah Bosan

Satu ciapan di aplikasi Twitter telah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen apabila ramai yang merasakan drama-drama Melayu yang ditayangkan di televisyen selalu saja mengangkat isu keganasan rumah tangga sehingga ia telah menjadi ‘normal’ dalam kalangan masyarakat.

Individu yang memulakan perbincangan itu telah menyebut satu drama popular yang sedang ditayangkan di televisyen di mana ia membawa kisah keganasan dalam perkahwinan serta menggambarkan trauma.

Advertisement

Twitter

Pendapat individu itu kemudiannya mendapat sokongan ramai netizen yang rata-ratanya merasakan penerbit drama perlulah lebih bijak membawa karya yang membimbing masyarakat ke layar TV.

Tolonglah stesen TV hentikan adaptasi karya macam ini. Ubah jalan cerita. Tolong jadikan drama untuk bimbing, sedarkan masyarakat. Sampai bila nak rosakkan institusi keluarga?

Kata warga maya lagi, pengakhiran drama seperti itu yang akhirnya memaafkan pelaku keganasan dalam rumah tangga menjadikan isu-isu seperti itu sudah menjadi normal  ataupun ‘normalisasi’ dalam masyarakat kini.

Twitter

Tak faham kenapa sesetengah penulis suka menulis cerita toksik, ganas di mana akhirnya wanita akan memaafkan suami dan kembali bersama?

Apa pendapat anda? kongsikan kepada kami.

TIkTokers makan daging babi
1 year ago

(VIDEO) "Hari Ini Saya Dah Langgar Rukun Iman" - TikTokers Beragama Islam 'Bangga' Makan Kulit B*bi, Curiga Bunyi Rangup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...