“Ni Baru ‘Penghasut’ Yang Sebenar” – Penangan Reviu Khairul Aming, Gerai Cendol RM1 Diserbu, Untung Cecah RM10K!

Kehidupan

“Ni Baru ‘Penghasut’ Yang Sebenar” – Penangan Reviu Khairul Aming, Gerai Cendol RM1 Diserbu, Untung Cecah RM10K!

Pemilik gerai cendol, Ahmad Nizam meluahkan rasa keterujaan setelah perusahaannya menjual cendol, mi bandung dan bihun sup menerima sambutan hangat gara-gara ulasan makanan yang dibuat pensohor media sosial terkenal, Khairul Aming.

Ujar Nizam, dia sudah 10 tahun berniaga di kawasan itu namun tidak pernah menerima kunjungan yang cukup luar biasa daripada pelanggan yang sanggup beratur panjang.

Advertisement

Cuma pada hari berkenaan, dia minta izin buat ulasan dan pada mulanya saya tak nak kerana pengikutnya ramai tapi dia minta saya cuba sekali.

Tanpa diduga, ulasan yang dikongsikan pemilik jenama Sambal Nyet itu telah mendapat perhatian di luar kebiasaan dan gerainya dikunjungi ramai pada petang hari yang sama.

Sebelum ini tak ramai (pelanggan) dan hanya ada lima orang saja yang bekerja di warung iaitu saya dan isteri kedua sebagai tukang masak, isteri pertama di kaunter dan dua lagi pekerja.

 

Tapi sejak warung saya tular, saya boleh dapat kira-kira 5,000 pelanggan sehari hingga terpaksa tambah empat lagi pekerja cuma saya kekal sebagai tukang masak untuk kekalkan rasa masakan.

 

Jika dulu saya pesan 50 paket pes mi bandung saja dari Muar tapi kini bertambah kepada 400 hingga 500 paket bagi menampung permintaan pelanggan.

Ujarnya lagi, hasil keuntungannya turut meningkat dari RM800 sehingga RM10,000 sehari.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Khairul Aming kerana membantu mempromosikan perniagaannya sehingga diketahui ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengasas bawal exclusive
1 year ago

Inspirasi Daripada Gaun Sultanah Hurrem, Busana Pengasas Bawal Exclusive Cecah RM250,000! - "Bertatahkan 83,900 Batu Swarovski"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...