Inspirasi Daripada Gaun Sultanah Hurrem, Busana Pengasas Bawal Exclusive Cecah RM250,000! – “Bertatahkan 83,900 Batu Swarovski”

Kehidupan

Inspirasi Daripada Gaun Sultanah Hurrem, Busana Pengasas Bawal Exclusive Cecah RM250,000! – “Bertatahkan 83,900 Batu Swarovski”

Pengasas jenama Bawal Exclusive, Haliza Masyuri dan suami mencuri tumpuan ketika majlis makan malam anjurannya yang bertemakan Magnificient Century, hujung minggu lalu.

Pada malam itu, Haliza menggayakan busana mewah yang bertakhtakan 83,900 batu Swarovski bernilai hampir RM250,000.

Advertisement

Difahamkan, busana tersebut memakan masa tempoh setahun untuk disiapkan dan direka oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

Saya sudah rancang hasilkan baju ini sejak awal tahun dan akhirnya terhasilah busana menggunakan fabrik khas dari United Kingdom. Ia mengambil masa selama hampir setahun untuk disiapkan memandangkan ia dijahit menggunakan tangan.

Sebenarnya sebelum berjumpa Rizalman, saya sudah mencari beberapa pereka fesyen di Turki tetapi agak sukar kerana perlu berulang alik ke sana. Jadi satu-satunya pereka fesyen yang dapat memenuhi hanyalah Rizalman.

Ujar Haliza lagi, dia tidak kisah berbelanja lebih selain ingin memberi sokongan kepada pereka fesyen tempatan.

Difahamkan, malam makan malam itu diadakan sempena majlis bidaan rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur dan juga beberapa rekaan eksklusif dan premium yang lain.

Bidaan bermula daripada harga RM25 sehinggalah RM78,000 dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ammar nazhan
4 months ago

(VIDEO) Gara-Gara Video Makan 'Fries' Bersepah, Influencer Kena 'Face Shaming' Sudi Maafkan Netizen - "Yang Jadikan Saya Ni Allah S.W.T"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...