Baru-baru ini, waktu di Malaysia menjadi topik perbualan warganet di aplikasi X di mana pengguna media sosial masing-masing meluahkan pendapat mereka.
Ia bermula dengan perkongsian satu akaun berkenaan waktu di Semenanjung Malaysia yang ‘salah’ dan jika diikutkan pada longitud, Kuala Lumpur dan Riau seharusnya berada pada jam yang sama.
Tapi, bila Kuala Lumpur pukul 6pm, masa di Riau adalah pukul 5pm.
Tahukah anda masa di semenanjung Malaysia adalah ‘salah’?
Kalau diikutkan longitud Kuala Lumpur dengan Riau adalah lebih kurang sama. Tapi ketika Kuala Lumpur pukul 6 pm, masa di Riau adalah pukul 5 pm. pic.twitter.com/7JYW188Dik
— Ajar (@AjarMalaysia) January 10, 2024
Penduduk Semenanjung kongsi pengalaman
Beberapa individu yang berasal dari Semenanjung berkongsi pengalaman mereka bermastautin di negeri Sabah atau Sarawak dan rata-ratanya menyukai waktu di sana.
Kata mereka, jam 5.30 pagi sudah masuk waktu solat Subuh dan aktiviti harian bermula lebih awal dan orang ramai mempunyai masa yang lebih untuk beriadah sebelum memulakan kerja.
Malam lebih panjang, lebih banyak masa untuk berehat
Ada juga yang berkongsi kelebihan jika Semenanjung mengikut masa yang sama dengan Sabah dan Sarawak antaranya waktu malam yang lebih panjang.
Maghrib isyak pun awal. Biasanya 9pm dah selesai makan malam, kemas rumah. Rehat kejai, 10.30 malam masuk tidur.
Sementara itu, ada juga sebahagian warganet yang berpendapat isu tentang perbezaan masa ini bukanlah hal yang menjadi masalah.
Kerana sudah terbiasa, ada yang berpendapat biarlah ia berterusan sebegini namun ada segelintir yang mengusulkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembalikan waktu GMT +7 itu.
Untuk info, pada tahun 1981, kerajaan Malaysia memutuskan agar negara ini menggunakan waktu piawaian lapan jam ke hadapan Greenwich Mean Time (GMT8).
Jadi, zon masa tersebut berbeza dengan GMT +7 yang digunakan di negara-negara lain yang berada di longitud yang sama seperti Malaysia.