“Balik La Ke Negeri Asal!” – Kerja Di Semenanjung, Lelaki Sabah Ini Teruk Kena Diskriminasi

Kehidupan

“Balik La Ke Negeri Asal!” – Kerja Di Semenanjung, Lelaki Sabah Ini Teruk Kena Diskriminasi

Diskriminasi pekerjaan boleh berlaku apabila seseorang pekerja itu diperlakukan dengan tidak baik oleh kerana perbezaan bangsa, warna kulit, asal kebangsaan, jantina, kecacatan, agama, atau usia.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Lee Sean yang meluahkan rasa kecewa apabila dia didiskriminasi selepas berpindah ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, lelaki yang berasal dari Sabah itu telah berkongsi tangkap layar perbualan bersama individu yang tidak diketahui menerusi direct message (DM) di aplikasi Instagram.

Dah lah Sabahan, tak ada otak, cakap pun tak betul.

Difahamkan, dia telah bekerja di sebuah kedai makan di Ipoh, Perak namun tidak menyangka menerima satu mesej dari seorang pelanggan yang mengkritik cara percakapan bahasa melayu serta asal usulnya.

sabah

Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai telah mengecam tindakan pelanggan itu dan memberi semangat kepada lelaki tersebut.

Sorry bro you have to face such discrimination here. Stay strong bro – netizen.

Jahat nya mulut alahai orang datang cari rezeki je bukan cari pasal lepastu gigih buat fake acc untuk maki hmm tak faham manusia bodoh jenis macam ni,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 bulan lalu

"MB Paling Bongkak Di Malaysia" - Kenyataan MB Kedah Tentang Bina Semula Rumah Mangsa Banjir Dikritik Rakyat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    July 7, 2022 at 5:50 pm

    saya pernah mengalaminya.
    hari2 berdoa supaya dapat pindah sabah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...