Siapa sangka dalam masa sebulan sahaja khabar angin Noor Nabila dan Engku Emran dikatakan bercinta, pasangan itu sudah pun selamat diijabkabulkan pagi tadi.
Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, majlis bermakna tersebut dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin baru itu sahaja.
View this post on Instagram
Meriah dengan kehadiran ramai, namun timbul persoalan dalam benak netizen apabila PU Riz yang juga merupakan tunangan Neelofa langsung tidak kelihatan kelibatnya di majlis tersebut.
Tambahan pula teman lelaki Athisha Khan turut berada di situ, sudah semestinya ada yang tertanya-tanya keberadaan lelaki tersebut memandangkan dia langsung tidak kelihatan dalam mana-mana entri yang dimuat naik ketika majlis itu berlangsung.
Mungkin PU Riz ada urusan lain yang lebih mustahak kot?