Kejadian malang menimpa pelakon Kamal Adli yang diserang dan dipukul seorang individu tidak dikenali di Singapura menjadi bualan ramai.
Perbuatan suspek yang kini ditahan reman selama seminggu itu membuatkan ramai mula berasa risau dan tertanya-tanya apakah motif dia berbuat sedemikian.
Bukan itu sahaja, Uqasha dan Kamal sebenarnya pernah menerima mesej ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali pada hari perkahwinan mereka.
Terbaru, seorang peminat yang meluangkan masa di media sosial telah terjumpa banyak komen daripada pengguna Instagram di akaun Uqasha.
Mengejutkan, ada komen pada foto pasangan itu yang berbunyi seperti ugutan untuk mencederakan Kamal beberapa tahun yang lepas.
Bagaimanapun, daripada komen-komen tersebut ia nampak seolah-olah individu di sebalik akaun terbabit obses dan terlalu suka dengan Uqasha sehinggakan marah pasangan itu berkahwin.
Bukan mudah untuk terima sebenarnya. Biarlah hati saya kecewa, asalkan kebahagiaan milik awak.”