Netizen Terkejut Gadis 20 Tahun Kahwin Kali Kedua Dengan Lelaki Umur 70 Tahun – “Dah Biasa Kahwin Dengan Lelaki Tua”

Kehidupan

Netizen Terkejut Gadis 20 Tahun Kahwin Kali Kedua Dengan Lelaki Umur 70 Tahun – “Dah Biasa Kahwin Dengan Lelaki Tua”

Kalau dah jodoh…

Seorang gadis berusia 20 tahun dari Kuantan, Pahang meraih perhatian ramai warganet di TikTok selepas dia berkongsi tentang perihal suami dan rumah tangganya.

Advertisement

Difahamkan, gadis bernama Nik itu bercerita tentang suaminya dan ia mengejutkan ramai apabila dia memaklumkan bahawa umur lelaki tersebut jauh lebih berusia daripadanya.

Malah, ia bukanlah perkahwinan pertamanya dengan lelaki berusia dan dia berkahwin dengan suami terdahulu pada usia 18 tahun.

Ceritanya, lelaki itu telah meninggal dunia akibat sakit dada namun Nik tidak mendedahkan umurnya.

Jelas Nik, dia bahagia dengan suami barunya ini yang berusia 70 tahun dan turut mengaku sudah biasa bernikah dengan lelaki lebih berusia.

Menerusi rakaman TikTok, Nik menjawab soalan-soalan daripada netizen tentang suami dan perkahwinannya di mana ada yang turut memerlinya dan berkata usia suaminya sama dengan bapa atau datuk mereka.

Nik dah biasa dah kahwin dengan orang tua. Yang ni kali kedua (perkahwinan) kan.”

@aladamramadhan

nik syg warga emas….

? original sound – CEO OF AI MANGA – CEO OF AI MANGA

Segelintir individu menyindir suami Nik yang dikatakan seusia dengan datuk mereka namun dia dilihat langsung tidak terasa atau marah dengan kata-kata itu.

Sesetengah netizen berasa terhibur melihat Nik bersungguh-sungguh menjawab soalan penonton namun ada yang mempersoal mengapa dia berkahwin pada usia muda apatah lagi dengan lelaki yang jauh beza usianya.

1 year ago

Pertama Kali Dilihat Bergambar Sekali Lepas Berita Kahwin, Netizen Puji Fyna Jebat & Zainal Abidin - "Makin Berseri Dato"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...