Pertama Kali Dilihat Bergambar Sekali Lepas Berita Kahwin, Netizen Puji Fyna Jebat & Zainal Abidin – “Makin Berseri Dato”

Hiburan

Pertama Kali Dilihat Bergambar Sekali Lepas Berita Kahwin, Netizen Puji Fyna Jebat & Zainal Abidin – “Makin Berseri Dato”

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita perkahwinan antara penyanyi, Fyna Jebat dengan bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Tampil menjelaskan, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz binti Jebat akhirnya mengakui dia sudah bergelar isteri kepada jurulatih berusia 61 tahun itu.

Advertisement

Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu enggan mendedahkan mengenai butiran perkahwinan mereka dan meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya.

Malah, pasangan itu turut tidak pernah berkongsi foto bersama sejak perkahwinan mereka berlangsung.

Namun baru-baru ini, pelakon veteran Mustapha Kamal telah berkongsi foto memaparkan rakan lamanya iaitu Datuk Zainal bersama isteri baharu, Fyna di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, Mustapha dikatakan terserempak dengan pasangan itu ketika sedang makan di sebuah restoran.

Salam, kebetulan baru terjumpa lagenda Zainal Abidin Hassan. Kawan lama. Semoga yang terbaik untuk kamu berdua, tahniah.

@mustaphakamaal

Salam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.

? We Are The Champions – Remastered 2011 – Queen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila pertama kali melihat foto Datuk Zainal dan Fyna bersama selepas berita perkahwinan mereka tular.

Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan tahniah buat pasangan itu dan memuji Datuk Zainal yang dikatakan nampak lebih berseri-seri selepas bernikah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Ye, Saya Dah Berkahwin" - Adik Ayda Jebat Akhirnya Mengaku Dah Bernikah Dengan Zainal Abidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...