Kalau dah jodoh…
Seorang gadis berusia 20 tahun dari Kuantan, Pahang meraih perhatian ramai warganet di TikTok selepas dia berkongsi tentang perihal suami dan rumah tangganya.
Difahamkan, gadis bernama Nik itu bercerita tentang suaminya dan ia mengejutkan ramai apabila dia memaklumkan bahawa umur lelaki tersebut jauh lebih berusia daripadanya.
Malah, ia bukanlah perkahwinan pertamanya dengan lelaki berusia dan dia berkahwin dengan suami terdahulu pada usia 18 tahun.
Ceritanya, lelaki itu telah meninggal dunia akibat sakit dada namun Nik tidak mendedahkan umurnya.
Jelas Nik, dia bahagia dengan suami barunya ini yang berusia 70 tahun dan turut mengaku sudah biasa bernikah dengan lelaki lebih berusia.
Menerusi rakaman TikTok, Nik menjawab soalan-soalan daripada netizen tentang suami dan perkahwinannya di mana ada yang turut memerlinya dan berkata usia suaminya sama dengan bapa atau datuk mereka.
Nik dah biasa dah kahwin dengan orang tua. Yang ni kali kedua (perkahwinan) kan.”
@aladamramadhan nik syg warga emas….
Segelintir individu menyindir suami Nik yang dikatakan seusia dengan datuk mereka namun dia dilihat langsung tidak terasa atau marah dengan kata-kata itu.
Sesetengah netizen berasa terhibur melihat Nik bersungguh-sungguh menjawab soalan penonton namun ada yang mempersoal mengapa dia berkahwin pada usia muda apatah lagi dengan lelaki yang jauh beza usianya.