Netizen Terhibur Lihat Gelagat Budak Lelaki Disakat Polis

Trending

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Budak Lelaki Disakat Polis

Tidak dinafikan, ibu bapa yang memiliki anak kecil di rumah pastinya mempunyai suasana rumah yang ceria dan meriah. Boleh dikatakan kanak-kanak atau budak kecil ini adalah penyeri sesebuah keluarga. Kalau ada anak seorang pun dah meriah, apatah lagi kalau ada ramai kan?

Namun, ada juga masa di mana mereka ini mula bertindak nakal sehinggakan bergaduh sesama adik-beradik. Bergaduh sesama adik-beradik ini sememangnya sudah menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil. Kalau dalam sehari tidak bergaduh sesama mereka, memang tak sah lah!

Advertisement

3 bulan lalu

Telatah Dua Budak Kecil Gaduh Manja Buat Netizen Terhibur

Kadangkala, sampai ke malam pun masih nak bergaduh. Tetapi biasalah, bila anak-anak nak membesar memang macam-macam yang kita sebagai ibu bapa kena tempuh kerana masa inilah anak-anak perlukan perhatian yang lebih. Betul tak? Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita kena lah pandai leraikan pergaduhan antara anak-anak itu.

Seorang anggota polis takutkan budak lelaki, sakat mahu bawa pergi balai

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada sorang pengguna bernama noraskin1990 yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki menangis ketakutan di depan seorang anggota polis.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki bersama seorang anggota polis sedang berada di depan sebuah rumah. Budak lelaki tersebut dilihat ketakutan dan sedang menangis di depan anggota polis itu.

Advertisement

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila budak lelaki itu menangis kerana telah ditipu oleh ibunya seolah-olah ibunya yang menelefon polis untuk menangkap budak lelaki itu kerana dia telah bergaduh.

Lebih menarik perhatian, budak lelaki itu dilihat berjanji dengan anggota polis tersebut yang dia tidak akan bergaduh lagi. Perkara tersebut juga berjaya bikin ketawa orang ramai kerana gelagat anggota polis itu yang sporting melayan.

“Mesti taubat lahom adik tu tak buat dah perangai, sampai besar nanti baru dia sedar aku kena game rupanya hahaha coii”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 968.7 ribu tontonan, 78 ribu tanda like dan 1.12 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut.

Polis sakat budak kecil Polis sakat budak kecil Polis sakat budak kecil Polis sakat budak kecil Polis sakat budak kecil Polis sakat budak kecil Polis sakat budak kecil

Polis sakat budak kecil

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti ibu budak lelaki tersebut dengan mengatakan yang mereka juga pernah melakukan perkara yang hampir sama iaitu dengan berlakon menelefon polis apabila anak-anak bergaduh.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...