Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memang dikenali sebagai seorang artis yang lantang mengeluarkan pendapatnya sendiri di platform media sosial.
Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju turut terbuka berkongsi aktiviti harian dengan para pengikut media sosial terutamanya di akaun Instagram.
Terbaharu, Anju mendedahkan dirinya membuat rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik estetik swasta dan mengakui sangat teruja dengan rawatan tersebut.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, boleh nampak pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh para netizen, ada yang menyambut baik dengan kejujuran Anju tetapi ada juga mendakwa perbuatan sedut lemak yang dilakukan itu adalah haram bagi seorang Muslim.
Tidak mendiamkan diri, wanita berbisa ini membalas kritikan netizen tersebut dengan mengatakan menonton video lucah sambil beronani juga adalah perbuatan haram.
Biarpun orang ramai tidak dapat melihat jika seseorang melakukan hal itu, akan tetapi Allah SWT menyaksikannya.