Netizen Syak Sedang Bercinta, Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Beri Respon

Hiburan

Netizen Syak Sedang Bercinta, Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Beri Respon

Sejak berpisah dengan suaminya, ramai yang tertanya-tanya mengenai kehidupan Zarina Anjoulie kini. Dalam diam, khabarnya wanita itu kini sedang hangat dilamun cinta dengan selebriti Zoey Rahman.

zarina anjoulie
6 bulan lalu

"Cekik Aku Depan Martin.." - Zarina Anjoulie Dakwa Pernah 'Dibantai' Bekas Suami

Advertisement

Kisah bermula apabila Zarina atau Anju semakin kerap berkongsi foto Zoey dan juga memuat naik hantaran IG Story dengan emoji ‘cinta’ buat lelaki itu.

Menerusi sebuah video yang tular di aplikasi TikTok, wanita itu sepertinya bersetuju dengan spekulasi hubungan mereka selain turut berkongsi perkenalan dirinya dan Zoey. Katanya, mereka mula bertanya khabar kembali selepas Anju dan Yas berpisah.

Advertisement

“Kami dahulu, sebelum dengan Yas, memang ada skandal sekejap. Tapi lepas tu Anju dengan orang lain, dia dengan orang lain. Lepas Anju cerai, baru kami berkesempatan untuk bercinta betul-betul.”

Di dalam video lain, Anju turut menepis rasa sangsi orang ramai yang mempersoalkan keserasian di antara mereka berdua memandangkan keduanya mempunyai personaliti yang berbeza.

@nfs12__Reply to @uwudelrey? reckless – Madison Beer

Menerusi laporan Harian Metro, Zoey sendiri berkongsi bahawa dia dan Anju kini dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi.”

Lelaki itu turut menepis kritikan orang ramai yang sepertinya tidak senang dengan hubungan mereka.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.”

zoey rahman dan zarina anjoulie

Dalam pada itu, Zoey juga menolak dakwaan bahawa dia dan Anju melakukan gimik bagi melariskan produk kecantikan miliknya, Mikaseries.

Semoga berbahagia keduanya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

16 Comments

  1. anonymous

    July 12, 2021 at 9:20 am

    lesbian ke nokkkk

  2. Anonymous

    July 11, 2021 at 11:19 am

    Haying usul nyaa.. larap

    • bruno

      July 11, 2021 at 2:43 pm

      Ko kah tu brunes.

    • brunes

      July 12, 2021 at 9:30 am

      hahahahah bukan, baru ku masuk BN hari ani, tapi lurus nya si anon ani haying usulnya pelacahan ani

    • vivi

      July 12, 2021 at 9:41 am

      meaning?

  3. Vass

    July 11, 2021 at 8:13 am

    Zoey tu x yah nk propa acah2 str8..

  4. Ar

    July 10, 2021 at 11:23 pm

    Aduhai zoeyy tolong lah buka minda, buka Spek pikir 100x kalau tak hadam juga pi jumpa kaunseling….dia ni KO nak bercinta duhaiii tolong laaa….memaki bekas diapun x habis lg

  5. bruno

    July 10, 2021 at 8:48 pm

    brunes……… ur comments pls

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...