Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie mendakwa dirinya pernah dipukul dan dikasari oleh bekas suaminya, Eliyas Azhar atau dikenali sebagai Yas.
Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, mendedahkan perkara tersebut di sebuah hantaran video di akaun Instagramnya yang berdurasi 8 minit 12 saat turut disertai dengan pengakuan dari kedua ibu bapanya, pembantu rumah dah juga anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Erza.

Katanya di dalam hantaran video tersebut,
Ma, bibik betul ke tidak, dia (Yas) pernah pukul Anju (Zarina), bantai separuh mati di sini. Bibik nampakkan dia tolak pintu, cekik aku depan Martin. Masa adik keluar, dia bising-bising. Dia pukul aku dalam ni, depan semua orang.
Bagi membuktikan kepada orang ramai yang berkata Anju hanya mereka cerita semata-mata, pelakon tersebut turut menghubungi bapanya dan beliau turut mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh Yas kepada Anju.
Sebagai maklumat, Anju dan Yas mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sambilan bagaimanapun pada 27 Januari lalu, Anju memaklumkan dirinya dan Yas sudah pun bercerai namun pada 2 Mac, Anju memberitahu dia telah rujuk semula bersama bekas suaminya.
Pada Mei lalu, Anju sekali lagi mengumumkan dirinya telah sah bercerai buat kali kedua bersama Yas malah Anju meminta Yas untuk memulangkan semula barang-barang yang pernah diberikan oleh Anju kepada bekas suaminya itu.
Jiwang
June 9, 2021 at 8:41 am
Dulu follower dia ni. Sekrang tak dah. Nampak sangat takde akhlak. Mak bapak pulak tak tegur perangai tak senonoh dia ni. Ada anak macam ni malu wei. Geli aku tengok. Imagine bila anak dia tu dah beso nanti bila baca somed pasal mak dia. Ngan gambo bogel la. Serious aku dah geli ngan minah ni. Satu apa pun cite dia dah tak caya. Ko baik gi berubat. Dah sakit jiwa meroyan.
IKAN SEPAT
June 8, 2021 at 7:18 pm
BANTAI SEPARUH MATI…???? TAKDE PULAK MUKA BOKOP, LEBAM BIRU… MACAM EX AWIE. YG NAMPAK SIBUK REVIEW, MENGUNYAH CEKIK MAKANAN, SIAR LAYAR SET RAMBUT, MENGUTUK MENGATA DALAM INSTAGRAM TU ADALAH..
DAH MULUT TU PUAKA SUKA PROVOKE MUNGKIN EX TU TAK TAHAN NAK CEKIK, LADA2KAN MULUT MU…
KAMU MIGHT HAVE START IT FIRST CABAR MENCABAR.. JADI EGO NYER TERCABAR.
EX MINYAK 10K DAH TRANSFERED KE BELUM? RECEIPT ADA?
YOUR DAD WASN’T THERE KAN.. HE HEARD IT FROM YOUR MOM AND BIBIK.
YOU SENDIRI MENTIONED TIAP KALI KAU CAKAP YOUR DAD SCOLDED YOU FIRST NOT YOUR EX… TIAP KALI KAU CAKAP… SO COULD BE IT BECAUSE OF UR MULUT PUAKA LANCANGNESS?
ANJU BE EXTRA CAREFUL WASHING YOUR DIRTY LAUNDRY IN SOCIAL MEDIA.. KANG MU KENA BACKLASH…