Netizen Puji Kanak-Kanak 8 Tahun, Hias & Kemas Bilik Walau Serba Kekurangan – “Miskin Tak Semestinya Kotor, Berselerak”

Hiburan

Netizen Puji Kanak-Kanak 8 Tahun, Hias & Kemas Bilik Walau Serba Kekurangan – “Miskin Tak Semestinya Kotor, Berselerak”

Meskipun kehidupan tidak dilimpahi wang ringgit atau barangan berjenama namun itu bukanlah penghalang untuk seorang kanak-kanak memastikan ruangan peribadinya dikemas serta disusun rapi.

Tular di Facebook satu hantaran dimuat naik oleh aktivis terkenal, Syed Azmi pada tahun lalu tentang sebuah keluarga yang hidup mereka kurang berkemampuan.

Advertisement

hd
12 months ago

(VIDEO) Sudah Lima Tahun Berlanjutan, Rumah Individu Dipenuhi Botol Plastik & Sampah, Penghuni Didakwa Hidap 'Hoarding Disorder'

 

Rumah kemas, tersusun cantik

Walaupun serba kekurangan, namun keluarga itu dilihat tidak menjadikan alasan untuk membiarkan rumah dalam keadaan bersepah dan kotor seperti sesetengah orang.

Dari kawasan ruang tamu, hinggalah ke dapur dan bilik-bilik dalam rumah lima sekeluarga tersebut dilihat begitu kemas dan bersih sahaja.

rumah

 

Anak darjah 2 rajin hias bilik sendiri

Bukan itu sahaja, bilik anak bongsu pasangan berkenaan turut menjadi perhatian selepas kanak-kanak berusia 8 tahun tersebut dilihat menghias ruang itu dengan tema berwarna merah jambu.

Meksipun dinding hanya kayu namun bahagian lantai, cadar dan langsir semuanya serba serbi berwarna merah jambu ala Barbie.

 

Kegigihan kanak-kanak itu menghias bilik tidurnya dan memastikan ia sentiasa kemas dipuji ramai warganet malah rata-ratanya turut memuji ibu bapanya kerana mengajar anak untuk disiplin.

Rata-rata pengguna Facebook bertanya tentang tabung sumbangan untuk diberikan kepada keluarga ini terutamanya buat kanak-kanak tersebut seperti cadar kartun berwarna merah jambu dan barang untuk digunakan di sekolah seperti beg mahu pun alat tulis.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...