(VIDEO) Sudah Lima Tahun Berlanjutan, Rumah Individu Dipenuhi Botol Plastik & Sampah, Penghuni Didakwa Hidap ‘Hoarding Disorder’

Kehidupan

(VIDEO) Sudah Lima Tahun Berlanjutan, Rumah Individu Dipenuhi Botol Plastik & Sampah, Penghuni Didakwa Hidap ‘Hoarding Disorder’

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang dikongsi oleh pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Wilayah Persekutuan yang melihatkan pihak berkuasa mendatangi sebuah rumah yang didakwa penghuni rumahnya menghidap gangguan hoarding disorder hingga menyebabkan kawasan rumahnya dipenuhi sampah.

Dipenuhi botol plastik

Bukan itu sahaja, video yang sama juga memaparkan perkarangan rumah berkenaan yang dipenuhi dengan botol-botol plastik yang dikutip hingga menutupi majoriti lantai garaj dengan hanya meninggalkan laluan kecil untuk individu tersebut keluar dan masuk ke rumah.

Advertisement

Meskipun dipanggil berkali-kali oleh pihak berkuasa, penghuni rumah itu kekal tidak mahu membuka pintu dan pagar.

Individu tinggal seorang diri

Menurut jiran yang tinggal bersebelahan rumah itu, penghuni ini hanya tinggal seorang diri tanpa ahli keluarga yang lain. Katanya lagi, perkara ini juga sudah berlanjutan hampir 5 tahun.

Akta 672 tidak dibenarkan pengumpulan tanpa lesen dan menjadi gangguan kepada persekitaran adalah kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuk sahar
11 months ago

"Aku Nak Bangun Nak Marah, Tapi..." - Bukan Hanya Dikecam, Shuk Sahar Dedah Ada Makcik Pernah Ludah Waktu Kes Curang 'Viral' Dulu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...