Biarpun meluahkan rasa gembira berjumpa dengan pendakwah popular, Ustazah Asma Harun sambil menangis berpelukan, namun netizen berasa ‘panas’ lihat sikap Ifa Raziah dalam satu temubual baru-baru ini.
Di dalam sesi temubual itu, walaupun Ifa telah mempertahankan tuduhan mendakwa dia seorang ‘kaki menjawab’, netizen merasakan caranya ketika itu terlihat sangat bongkak apabila menjawab soalan.
Malah, penyanyi tersebut juga seolah-olah memarahi wartawan yang mengajukan soalan kepadanya.
Semasa menjawab soalan yang diajukan, Ifa berkata siapa lagi yang boleh pertahankan dirinya dari komen negatif, kalau bukan dirinya.
Penonton? Aku tak kisah, pergi mampus lah dia orang!
Kebanyakkan netizen beranggapan Ifa bersikap seperti itu kerana malu selepas persembahannya atas pentas Terpaling Juara ditegur oleh Datuk Hattan.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.