“Kau Siapa Nak Sound Sound Aku?!” – Guru Vokal Kritik Suara Sumbang, Ifa Raziah ‘Panas Hati’

Hiburan

“Kau Siapa Nak Sound Sound Aku?!” – Guru Vokal Kritik Suara Sumbang, Ifa Raziah ‘Panas Hati’

Baru-baru ini, penyanyi Ifa Raziah membidas semula komen seorang guru vokal, Shaffiq Erwin menegur teknik yang digunakan oleh penyanyi tersebut di pentas Terpaling Juara.

Menerusi ruangan komen hantaran yang dilakukan oleh guru vokal berkenaan di platform Instagram, Ifa memberitahu dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit sepanjang menceburkan diri dalam industri seni.

Advertisement

Menurut Ifa, nyanyian sumbang itu bukanlah perkara yang tidak normal, lagi-lagi umurnya kini sudah hampir cecah 50 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ~apitoria~ (@shaffiqerwin)

Malah, dia turut berkata semua penyanyi akan melalui fasa tersebut sekiranya sudah lanjut usia dan suara mereka tidak akan sama seperti zaman muda-muda dahulu.

Ifa Raziah bidas guru vokal tegur suara sumbang

Tak payah kutuk-kutuk, apa masalah sangat pada kau kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH!

Bukan itu saja, Ifa juga meminta agar guru vokal itu tidak membandingkan nyanyiannya dengan penyanyi muda kerana sememangnya tiada daya untuk melawan suara mereka yang masih berusia 20an.

Sebelum ini, Shaffiq memuat naik video reaksinya menonton persembahan nyanyian Ifa Raziah dan mengkritik suara penyanyi tersebut sumbang.

3 bulan lalu

"Orang Ramai Tak Faham..." - Nyanyian Dikatakan 'Kelaut', Ifa Raziah Beri Penjelasan Persembahan Lagu Di Pintu Syurga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. GINA

    September 7, 2022 at 3:02 pm

    kannnnnnnnn xyah gelabah pun
    accept n improve then prove it

  2. Mereng Sanjana

    September 7, 2022 at 12:12 pm

    Kena terbuka sikitlah terima kritikan. Guru vokal pun kena respect juga.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...