“Orang Ramai Tak Faham…” – Nyanyian Dikatakan ‘Kelaut’, Ifa Raziah Beri Penjelasan Persembahan Lagu Di Pintu Syurga

Hiburan

“Orang Ramai Tak Faham…” – Nyanyian Dikatakan ‘Kelaut’, Ifa Raziah Beri Penjelasan Persembahan Lagu Di Pintu Syurga

Seringkali terpalit dengan kecaman, penyanyi Ifa Raziah kali ini menjadi ‘buah mulut’ netizen sekali lagi kerana nyanyiannya di sebuah program televisyen yang dianggap sangat teruk.

Dalam rancangan tersebut, Ifa Raziah membawakan lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal, Dayang Nurfaizah dan turut dilihat penyanyi itu seakan-akan beremosi ketika melontarkan lagu berkenaan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, netizen berasakan bahawa vokal Ifa Raziah hanya berada di paras biasa walaupun telah lama berada di dalam industri seni.

Memetik laporan xtra, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan terhadap pandangan netizen berkaitan persembahannya.

Menurut Ifa, penyampaian lagu tersebut agak sukar kerana dia terpaksa menahan emosi supaya boleh mencapai note yang betul semasa nyanyian.

Untuk Kak Ifa nak menyampaikan lagu ni dengan Kak Ifa nak menahan emosi Kak Ifa, Alhamdulillah… Kak Ifa boleh capai note yang betul dan ia bukan dibuat-buat atau gimik.”

Dalam pada itu, Ifa juga mengaku sukar untuk mengawal emosi kerana sering teringat tentang ibu bapa ketika menyampaikan lagu berikut.

Kalau nak tahu, Kak Ifa ni orangnya susah nak nangis. Kak Ifa ni orangnya kental. Tapi bila menyentuh pasal ibu bapa ni, itu memang satu kelemahan. Ye lah bila kita ingat kat mak bapak kita, itu memang satu kelemahan dan Kak Ifa tak boleh nak tahan. Dan, memang air mata tu akan terjurai-jurai macam tu je.”

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

4 bulan lalu

"Saya Memang Nak Tunjuk!" - Buat 'Live' Masa Solat, Ifa Raziah Dedah Masih Jaga Hubungan Dengan Allah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...