Rasanya trend beriadah dengan menunggang basikal sudah menjadi kebiasan buat masyarakat dan ia sememangnya salah satu aktiviti riadah yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Tidak menjadi masalah jika seseorang itu sememangnya berminat dalam aktiviti ini hingga sanggup membeli basikal berharga ribuan ringgit dan aktiviti ini bukan saja diminati oleh kaum lelaki, malah perempuan juga sudah semakin ramai menjadikan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah harian.
Bagaimanapun, perkara yang menjadi perdebatan di media sosial adalah cara pemakaian wanita itu sendiri yang sering dilihat agak ketat sehingga menampakkan sosok tubuh badan mereka.
Melalui laporan Kosmo, kebanyakkan netizen menyifatkan wanita yang berpakaian seperti itu bukannya betul-betul mahu melakukan aktiviti berbasikal terbabit, tetapi hanya ingin menayangkan badan mereka semata-mata.
Cuba tahu dosa sikit, ni ada juga orang perempuan yang ‘ride’ bersama kawan-kawan lelaki, lagi ‘syok’ la kawan-kawan dia.
Malah ada juga netizen yang mengatakan pemakaian ketat ketika melakukan riadah ini sudah menjadi trend di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.