Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang dikenali sebagai seseorang individu yang mempunyai pelbagai bakat dari segi nyanyian serta menari seperti video-video beliau kongsikan di Instagramnya.
Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ada memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang menari mengikut rentak lagu Money, nyanyian salah seorang anggota kumpulan k-pop popular BlackPink, Lisa.
Di dalam video berdurasi 24 saat itu, Bella terlihat mengenakan pakaian berupa skirt paras bawah lutut dan kasut bertumit tinggi.
View this post on Instagram
Rata-rata pengikutnya serta rakan selebriti terpegun dengan kelincahan Bella menari ikut rentak lagu yang sedang trending di platform TikTok itu.
Namun, dalam pada ada yang memuji, ada juga seorang individu yang meninggalkan komen berunsur nasihat mengenai pemakaian Bella dan menurut individu terbabit, lebih manis jika pelakon berusia 27 tahun itu mengenakan tudung serta berpakaian menutup aurat.
Komen tersebut turut dipersetujui seorang lagi individu dengan membalas komen berkenaan berbunyi ‘Amin’
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohammad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
?
October 26, 2021 at 1:27 pm
laki berubah kearah kebaikan, sptutnya disyukuri dan sma2 melangkah kearah kebaikan! betina betina, laki ko buat hal ko meroyan! sudah2 mnambah dosa laki ko! ko bkn ak dara pun! dh jd mak org pun ok!! sdr lah diri! x manis dpandang! bahalol! attention seeker x hbs mcm elfira sinchan, fatin fifah jalang, baby shima bodoh, watever
entah lerr
October 26, 2021 at 10:50 am
dulu laki dia bermasalah, sekarang Alhamdulillah dah banyak berubah. tapi isteri tetap makin lama makin ketat pakaian. InsyaAllah, slow slow lah. moga seiring perubahan suami isteri ni. lagi manis, lagi berkat rumahtangga.