Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikecam Pakai Uniform MAS Ke Majlis Hari Jadi, Bella Astillah Tampil Mohon Maaf

Selepas dikritik kerana tidak sensitif kerana menggayakan pakaian uniform syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ketika sambutan sebuah majlis hari jadi, pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,26, berkata bahawa dia sejujurnya tidak mengetahu sejarah dan etika berkaitan dengan uniform tersebut.

Menurutnya lagi, pihak MAS sendiri telah berjumpa dengannya dan tampil menerangkan dengan lebih terperinci mengenai sejarah dan keistimewaan uniform tersebut. Bella dalam pada itu turut bersyukur kerana memperoleh ilmu secara tidak langsung dan sangat bermanfaat untuk dipelajari.

Advertisement

Dia turut meminta maaf kerana memakai uniform itu tanpa mengetahui lebih awal tentang etika pemakaian serta sejarah di sebalik pakaian tersebut.

View this post on Instagram

Salam Hi everyone:) Harini baru Bella berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang ‘MAS Uniform’ yang dipakai Bella pada 16/09/2020 lalu sempena tema ‘dream job’ birthday Aidil. Bella decided untuk memperagakan MAS Uniform tersebut sematamata kerana kerjaya pramugari MAS yang merupakan dream job Bella sejak kecil lagi. Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut dan Alhamdulillah banyak knowledge yang Bella peroleh yang mana Bella rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai terutamanya yang hanya mengetahui serba sedikit tentang sejarah MAS. Sebagai seorang pelanggan setia MAS, saya sentiasa mengagumi MAS dan seperti yang semua tahu, Bella berasal dari Sabah dan memang dari kecil menaiki MAS untuk perjalanan ulang alik ke KL. Atas perkongsian knowledge daripada pihak MAS, sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983 yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik. Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya. Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia. Dan daripada Bella sendiri, Bella mohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS. Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan. Thanks a lot pihak MAS for the time & sudi berjumpa. Thank you pihak MAS untuk hadiah yang diberikan kepada anak2 Bella juga??

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

“Bella minta maaf kerana menggunakan uniform berkenaan tanpa mengetahui lebih awal tentang info dan sejarah serta etika berkenaan uniform itu. Untuk ingatan supaya lebih berhati-hati agar uniform ini tidak disalahgunakan,”

Advertisement

Sebelum ini, Bella telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen kerana tampil menggayakan pakaian tersebut di sebuah majlis hari jadi ahli keluarganya yang membawa tema dream job pada September lalu.

View this post on Instagram

Never forget that sometimes the smallest act of kindness can make someone’s day. @bodyflasshh_hq ?

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Tambah Bella lagi, dia memilih untuk memperagakan baju tersebut kerana impiannya sejak kecil lagi untuk bergelar pramugari.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top