Sedia maklum, sekarang ini hangat di platform media sosial mengenai keterangan dalam mahkamah yang melibatkan pelakon Hollywood Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard.
Perbicaraan di mahkamah itu berlaku selepas Depp menyaman bekas isterinya itu sebanyak AS$50 juta (RM218 juta) kerana terdapat satu artikel yang diterbit oleh The Washington Post dimana wanita itu menggambarkan dirinya sebagai tokoh awam yang menentang penganiayaan dosmetik.
Di dalam perbicaraan terbabit, tular sebuah video menampakkan Amber sedang menangis semasa dalam pembelaan terhadap saman fitnah Depp, namun apa yang menjadi perhatian netizen apabila tiada air mata yang mengalir ketika itu.
Lagi menarik perhatian ramai, Amber kelihatan sempat ‘pose’ menunjukkan dirinya sedang sedih apabila media-media mengarahkan lensa kamera kepada dirinya.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat adegan yang dilakukan oleh Amber itu kerana jelas kelihatan dirinya membuat dirinya menangis selepas adanya flash camera selepas itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.