Setiap kali munculnya filem baru, lagi-lagi kalau filem luar negara, sudah pasti akan timbulnya pelbagai konspirasi yang dilakukan oleh penonton.
Baru-baru ini, sebuah filem kegemaran ramai hasil dari terbitan Marvel Studio iaitu Dr Strange in the Multiverse of Madness juga menjadi salah satu filem yang timbul konspirasi di kalangan netizen.
Melalui laporan Gempak, Konspirasi itu berlaku apabila terdapat seorang warganet yang mempertikaikan mengapa ahli sihir juga boleh digelarkan sebagai doktor.

Difahamkan juga dari laporan terbabit, kenyataan yang dilakukan oleh netizen terbabit telah viral di platform Twitter hingga mencetuskan persoalan daripada kalangan warganet.
Pertikaian yang dicetuskan oleh netizen itu diperbetulkan oleh individu semula yang meminta agar beliau menonton filem pertama berkenaan untuk memahami asal usul Dr Strange itu menjadi ahli sihir.
Sekadar info, Doctor Strange in the Multiverse of Madness kini sedang ditayangkan di pawagam dan hangat dipertontonkan oleh orang ramai.
Anonymous
May 30, 2022 at 9:01 am
Ni mesti tak pernah tgk movie Dr Strange yg pertama… hihih
Dr Pelik
May 10, 2022 at 9:28 pm
Hahaha… Pmikiran typical Msian. Nak tgok, tengok. Xnak tgok, sudah. Sng crita. Lgpun ini movie luar negara.