“Netizen Kena Kencing” – Kantoi ‘Page’ FB AFN Diego Garcia Curi Gambar Orang Malaysia?

Kehidupan

“Netizen Kena Kencing” – Kantoi ‘Page’ FB AFN Diego Garcia Curi Gambar Orang Malaysia?

Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial mengenai teori yang mengaitkan penduduk dan pekerja di Diego Garcia yang mempunyai wajah yang sangat mirip dengan mangsa-mangsa MH370.

Menerusi hantaran di laman Facebook AFN Diego Garcia, bukan hanya seorang-dua tetapi rata-rata netizen telah mengesan hampir 7 orang penduduk di sana yang mempunyai iras wajah mangsa.

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, tular pula mengenai hantaran oleh seorang pengguna TikTok yang mendakwa laman Facebook AFN Diego Garcia sengaja mengambil gambar ‘orang Malaysia’ untuk dimuat naik di laman mereka.

Apa benda la dorang ek? Pergi copy gambar netizen Malaysia lepastu letak dekat page Diego Garcia.. apa je motif dorang last-last tuan gambar mengaku tu dia.

Difahamkan, hantaran itu telah menimbulkan kontroversi apabila rata-rata orang ramai ingin mengetahui motif mereka ‘mencuri’ gambar orang Malaysia bagi tujuan mempromosikan aktiviti fitness di sana.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk seorang wanita dikenali sebagai Maiwati Azha yang mendakwa dia merupakan salah seorang yang berada di dalam gambar tersebut.

Sah-sah la tipu. Aku salah seorang kot dalam gambar tu. Dari semlam kitorang penat melayan komen netizen Malaysia ni adoii.

@rajanurraudhah

apemende la dorang ek? Pg copy gmba netizen Malaysia pastu ltak dekat page Diego Garcia.. apa je motif dorang last2 tuan gmbar mengaku tu dy ? #fypdongggggggg #rjrcreative #mh370 #diegogarciamh370

? original sound – rajanurraudhah – rajanurraudhah

Bagaimanapun, seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Hazrezal Ahmad tampil menjelaskan bahawa mungkin mereka ingin mencari wajah-wajah ‘Asian’ bagi menarik perhatian memandangkan di sana ramai yang berwajah sedemikian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Tular Video Mangsa MH370 Kini Bekerja Di Diego Garcia, Ini Penjelasan Anak Mangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...