“Netizen Kena Jaga Mulut..” – Shila Dan Syahir Amzah Tersingkir Dari FD3, Tak Mahu Kaitkan Kekalahan Dengan Isu Keluarga

Hiburan

“Netizen Kena Jaga Mulut..” – Shila Dan Syahir Amzah Tersingkir Dari FD3, Tak Mahu Kaitkan Kekalahan Dengan Isu Keluarga

Penyanyi Shila Amzah dan adiknya Syahir Amzah akhirnya rasmi meninggalkan pentas program realiti Famili Duo Musim Ketiga (FD3) pada malam ahad apabila didapati tersingkir. Namun, panyanyi ini tidak melihat itu sebagai sesuatu balasan buruk kepadanya.

Shila tak mahu menganggap itu sesuatu kifarah kerana dirinya percaya itu semua takdir yang telah ditetapkan. Dia juga sempat menasihati netizen agar menjaga percakapan mereka kerana risau apa yang dikatakan itu akan berbalik pada diri mereka semula.

Advertisement

Kalau nak kata kifarah atau tidak, pada saya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kita sendiri.

Netizen perlu didik hati sendiri untuk lebih menghormati takut berbalik kepada diri kita. Kena jaga mulut daripada cakap sembarangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga tidak mengambil tahu apa yang dikatakan oleh netizen tentang dirinya mahupun keluarganya. Hal ini kerana dia tahu orang ramai tidak berada di tempat mereka untuk mengetahui kondisi keluarga mereka disebalik pintu. Walaupun begitu, dirinya tetap gembira kerana dapat merapatkan hubungan adik-beradik bersama adik lelakinya itu.

Pada masa yang sama, Syahir turut berkata bahawa ibu bapa mereka tetap memberi sokongan kepada mereka adik-beradik sepanjang mereka bertanding di FD3. Dirinya juga menerima panggilan dari kedua ibu bapanya yang mendoakan mereka yang terbaik. Sebagai adik, Syahir juga telah menjadi orang tengah yang menyampaikan mesej tersebut kepada kakak sulungnya itu.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syada
6 months ago

"Keadaan Sekarang Tak Panas Tak Sejuk.." - Syada Amzah Kini Tenang, Biar Masa Menentukan Hubungannya Bersama Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...