“Keadaan Sekarang Tak Panas Tak Sejuk..” – Syada Amzah Kini Tenang, Biar Masa Menentukan Hubungannya Bersama Shila Amzah

Hiburan

“Keadaan Sekarang Tak Panas Tak Sejuk..” – Syada Amzah Kini Tenang, Biar Masa Menentukan Hubungannya Bersama Shila Amzah

Setelah lama berdiam diri bagi tidak mengeruhkan keadaan, adik kepada penyanyi terkenal, Syada Amzah, akui lebih tenang dan tidak lagi emosi ekoran kontroversi yang sempat dia terlibat bersama adik-beradiknya yang lain.

Kata Syada, kini dia sedang sibuk dengan promosi lagu barunya dan itu lah yang mengalihkan fokusnya terhadap perkara lain seperti isu rumah. Dia juga tidak lagi berasa sedih dan terlalu memikirkan masalahnya yang lain.

Advertisement

Semuanya baik, cuma saya nak kena jaga ibu dan risau emosinya akan terganggu dan saya la yang perlu berikan sokongan padanya.

Keadaan sekarang tak panas tak sejuk, saya yakin nanti kami akan berjumpa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Ketika ditanya jika perang dingin bersama Shila itu sudah reda ataupun belum, jawabnya, dia hanya menyerahkan hubungannya bersama kakak sulungnya itu kepada Allah SWT tanpa memberi jawapan lanjut.

Terdahulu, Syada sempat mendakwa kakak sulungnya itu telah menghalau dirinya dan ibu keluar dari rumah banglo mereka kerana hendak dijual. Namun, kenyataan itu ditepis oleh Shila Amzah tak lama kemudian.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syila
6 months ago

"I'm So Burnout, Saya Sendiri Tak Pasti..." - Shila Amzah Akhirnya Kecundang, Tidak Tahu Bagaimana Nak Pulihkan Keadaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...