Ciapan pelakon berbakat tanah air, Amerul Affendi baru-baru ini di Twitter memang sangat ‘win’ apabila dia ada menegur seorang individu yang menonton drama bersiri lakonannya yang berjudul One Cent Thief di saluran haram.
Drama bersiri itu yang ditayangkan di saluran TV berbayar Astro walau bagaimanapun telah dimuatnaik secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di Telegram.
View this post on Instagram
Berikutan itu, seorang individu itu dilihat mengeluh kerana tidak dapat menonton drama itu lagi di Telegram, mungkin kerana sudah ‘kantoi’ atau dikenakan tindakan ‘report’.
Lucunya, Amerul Affendi dilihat tampil memberi respon di atas ‘kesedihan’ individu itu dan memberi teguran supaya menontonnya di saluran yang sah.
Kakak,
Kalau kakak mahu drama berkualiti begini terus dihasilkan tontonlah di saluran yang sah.
Please ??? https://t.co/3GkHzdabdq
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) November 12, 2022
Kakak, kalau kakak mahu drama berkualiti begini terus dihasilkan tontonlah di saluran yang sah. Please.
Sekadar info, drama bersiri One Cent Thief ini ditayangkan di saluran Astro pada setiap hari Sabtu. Naskah arahan Ariff Iskandar ini dibintangi oleh pelakon popular Syafiq Kyle, Sofia Jane, Amerul Affendi dan ramai lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.