“Jangan Terlampau Taksub..” – Syahmi Sazli Dikecam Muat Naik Video Anwar Ibrahim, Minta Netizen Lebih Matang

Hiburan

“Jangan Terlampau Taksub..” – Syahmi Sazli Dikecam Muat Naik Video Anwar Ibrahim, Minta Netizen Lebih Matang

Baru-baru ini, pengarah dan pelakon Syahmi Sazli ada memuat naik video ucapan figura politik Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman aplikasi TikTok miliknya.

Gara-gara video itu, Syahmi menjadi tumpuan netizen yang terlalu taksub sehingga menyerang peribadi pengarah tersebut di media sosial.

Advertisement

Perkara tersebut kemudiannya mendapat respon daripada Syahmi dan kemudiannya tampil membuat kenyataan di mana dia meminta agar rakyat tidak terlalu taksub dengan parti yang disokong oleh mereka.

Jelas Syahmi, dia hanya tertarik dengan kata-kata semangat yang dilontarkan DS Anwar Ibrahim selain bertujuan untuk menilai komen-komen penyokong setiap parti.

Yang mana penyokongnya itu melampau, kami pengundi atas pagar ini akan menolak habis-habisan. Jadi bersederhanalah ketika menyokong.

Jangan melampau dalam memburukkan penyokong dan parti lain, jangan terlalu mengangkat diri dan parti kesukaan!

Menjengah ke ruangan komen video penjelasan itu, ramai netizen tampil memberikan pendapat yang pelbagai mengenai isu yang diutarakan Syahmi Sazli itu.

Betul tu mi, kita perlu matang dalam berpolitik. Jangan terlalu taksub kepada parti dan juga pemimpin. Bila kita terlalu taksub kita akan turut parti dan pemimpin tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Reen rahim
1 year ago

"Pakai Seluar Dalam Tak Tu?" - Reen Rahim Muat Naik Foto Nampak Celah Kangkang, Ruang IG Dipenuhi Komen Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...