Sebelum ini, pelakon dan pempengaruh media sosial iaitu Zarina Anjoulie meminta bekas tunangnya, Datuk Seri Elzy untuk berhenti menggunakan dirinya sebagai bahan konten di media sosial.
Menerusi hantaran di laman TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju meminta agar bekas tunangnya itu untuk menjadi seorang ‘gentleman’ dan menghubunginya sekiranya mahu menyelesaikan masalah di antara mereka.
Kalau awak rasa awak sayang lagi hubungan kita then jadi gentleman call saya sms saya, bukan posting kat tiktok pasal saya.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun itu turut mendedahkan bahawa ego adalah menjadi penyebab hubungan pertunangan mereka berakhir.
Ingat, ego adalah punca utama boleh hancur mana-mana hubungan… and sebaab ego la hubungan kami hancur.
Susulan itu, rata-rata netizen telah memberi sokongan kepada Anju dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap bekas tunangnya itu.
Bukan itu sahaja, netizen turut bekata bekas tunangnya itu seakan-akan mempunyai banyak ‘red flag’ lebih-lebih lagi tentang isu bekas isteri yang pernah viral.
Malah, netizen juga mengorek kisah silam Datuk Elzy dan menemukan beberapa akaun di YouTube yang memaparkan kehidupan peribadi bekas tunangnya yang dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.