Sedia maklum, pada 3 September yang lalu, pelakon jelita Nad Zainal telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan ramai pihak apabila dia mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan Faliq.
Bagaimanapun, sehingga kini Nad enggan berkongsikan punca penceraiannya bersama bekas suami dan meminta orang ramai untuk henti buat spekulasi tidak berasas mengenai penceraian ini.
Boleh dikatakan, selepas mengumumkan dirinya sudah bercerai, Nad menjadi tumpuan utama orang ramai dan setiap gerak gerinya mahupun kehidupan seharian menjadi bualan netizen.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, netizen beranggapan pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu semakin ‘daring’ semasa berlakon dan cara pemakaian juga kelihatan lebih seksi dari sebelum ini.
Susulan itu, Nad telah memberikan jawapan terhadap spekulasi mengenai dirinya semakin berani selepas berstatus janda melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh pihak Berita Harian di Instagram.
Nad tak pernah menganggap diri seksi, sebaliknya bergaya mengikut tuntutan watak.
Malah, pelakon terbabit turut menegaskan gayanya ketika ini sama saja dengan gayanya sebelum berpisah dengan bekas suami.
Hanya kerana dirinya sudah berstatus janda, Nad merasakan dia mendapat lebih perhatian daripada netizen.