Usahawan yang sering mencetuskan kontroversi, Liana Rosli atau mesra dengan panggilan Kak KM sekali lagi menerima kritikan tentang imej seksinya.
Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri itu ada memuat naik video mempamerkan dia dan adik beradik perempuan yang lain membawa ibu mereka bercuti.
Meskipun ada yang memuji tentang kegembiraan aktres veteran tersebut, namun pemakaian Kak KM kebih mendapat perhatian.
Menerusi video itu, Kak KM dilihat menggayakan gaun berwarna hitam dan menampakkan bahu dan hampir semua bahagian kaki kirinya.
View this post on Instagram
Segelintir warganet memberi bayangan bahawa mereka sudah penat menasihati usahawan tersebut tentang pemakaiannya memandangkan itu bukanlah kali pertama dia berimej seksi.
Bagaimanapun, beberapa individu dilihat mendoakan agar Allah membuka hati Kak KM untuk berubah ke arah yang lebih baik.